Paun antarabangsa Paun_(jisim)

Rencana utama: Avoirdupois

Paun avoirdupois antarabangsa adalah tepat sama dengan 453.59237 gram. Takrif ini telah disetujui oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Komanwel pada tahun 1958.

Kegunaan paun antarabangsa di United Kingdom dikuatkuasakan oleh Akta Timbang dan Ukur 1963. [1]

“Ela atau meter akan merupakan unit ukuran panjang dan paun atau kilogram akan merupakan unit ukuran jisim, dengan mana-mana pengukuran yang melibatkan ukuran panjang dan jisim akan merujuk kepada kedua-dua ini di United Kingdom; dan- (a) ela akan tepat sama dengan 0·9144 meter; (b) paun akan tepat sama dengan 0·453 592 37 kilogram.”

Akta Timbang dan Ukur, 1963, Seksyen 1(1)

Satu paun avoirdupois adalah tepat sama dengan 6 auns avoirdupois, serta tepat sama dengan 7,000 grain. Justeru itu, faktor pertukaran antara kilogram dengan paun antarabangsa dipilih supaya boleh dibahagikan dengan 7 dan oleh itu, satu grain (antarabangsa) adalah tepat sama dengan 64.79891 miligram.